SOALAN LAZIM (FAQ) PENGGUNAAN MyID

1. Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
  MyID boleh diperolehi setelah membuat pendaftaran akaun baru.
   
2. Saya telah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
  Sila semak e-mel anda di dalam folder 'spam/junk/bulk mail'
   
3. Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?
  Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo, gmail, hotmail, ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain, tempoh penerimaan adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di pelayan (server) e-mel berkenaan.
   
4. Bagaimana untuk menukar alamat e-mel yang tersilap semasa mendaftar akaun baru?
  Sila e-melkan alamat e-mel yang baru beserta maklumat pendaftaran anda ke
HantarPengaktifan@spa.gov.my
   
5. Kenapa bila saya daftar baru keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud'?
  Pendaftaran akaun MyID telah wujud tetapi pengaktifan belum dilakukan.
   
6. Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?
  Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan kecuali pertukaran e-mel sahaja dibenarkan.
   
7. Bagaimana hendak mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
  Sekiranya anda terlupa kata laluan, klik Lupa kata laluan dan masukkan no. kad pengenalan serta e-mel yang telah diisi semasa pendaftaran dan klik Hantar Sila tunggu e-mel PendaftaranSPAOnline untuk pengaktifan semula.
   
8. Saya telah membuat pendaftaran MyID dan telah tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Selepas permohonan dihantar saya dapati no. kad pengenalan yang saya masukkan salah. Apakah yang harus saya lakukan?
  Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa mendaftar MyID, sila e-melkan no. kad pengenalan yang baru beserta maklumat pendaftaran anda ke HantarPengaktifan@spa.gov.my.
   
9. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah mengisi borang daftar akaun baru tetapi malangnya saya telah terpadam e-mel SPA dan secara tidak langsung saya tidak dapat mengaktifkan akaun SPA. Jadi bagaimana untuk saya mengaktifkan semula akaun tersebut? Minta pandangan dari pihak tuan?
  Sila tunggu e-mel PendaftaranSPAOnline untuk pengaktifan semula. Untuk mengaktifkan akaun anda, klik Lupa Kata Laluan dan masukkan no. kad pengenalan dan e-mel yang telah diisi semasa pendaftaran dan klik Hantar
   
10. Saya menghadapi masalah apabila klik pautan untuk mengaktifkan akaun yang baru saya daftar. Apabila klik pautan tersebut, masalah pop-up blocker berlaku. Bagaimana hendak mengatasi masalah pop-up blocker itu?
 

i.Internet Explorer, sila klik Tools > Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.

ii.Mozilla, sila klik Tools > Options Pilih (un-tick) Block pop-up windows > klik OK

iii.Google toolbar atau yahoo toolbar, sila klik always allow pop-ups from...
   
11. Kalau saya mendaftar di JobsMalaysia adakah permohonan saya diterima?
  Permohonan di JobsMalaysia hanya akan diproses sekiranya anda belum mendaftar akaun MyID di SPA.

   
12. Jika saya membuat permohonan baru, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
  Jika anda membuat permohonan baru, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, jika ada sebarang urusan yang melibatkan jawatan-jawatan yang anda pohon pada permohonan terdahulu yang sedang diproses, urusan tersebut akan tetap dijalankan.
   
13. Adakah permohonan saya sebelum menggunakan MyID masih sah?
  Permohonan anda masih sah dan boleh diterima pakai dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh anda mendaftar permohonan tersebut.
   
14. Kenapa matrikulasi tidak diiktiraf sebagai Diploma?
  Matrikulasi merupakan syarat kemasukan untuk mengikuti kursus Diploma atau Ijazah ke institusi pengajian tinggi
   
15. Kenapa mesej minta saya masukkan maklumat Diploma sedangkan saya ada Ijazah sahaja?
  Anda telah memilih kelayakan tertinggi/kategori borang 'Ijazah dan Diploma atau Ijazah dan STPM/STAM' sepatutnya anda perlu memilih Ijazah/Sarjana/PHD
   
16. Sekiranya saya mendapati telah tersilap memasukkan maklumat beberapa hari selepas saya menghantar permohonan, bolehkah saya mengubah maklumat yang tersilap tadi?
  Anda boleh mengemaskini maklumat yang sedia ada pada bila-bila masa dan setiap kali perubahan dilakukan anda perlu klik butang hantar untuk memastikan maklumat anda di kemaskini.
   
17. Apa yang dimaksudkan 'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA'
  Ianya bermaksud anda tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan tersebut sama ada bidang pengkhususan/kelayakan/cgpa/gred mata pelajaran. Syarat yang ditetapkan berubah-berubah mengikut keperluan Kementerian/Jabatan yang memerlukan pengisian.
   
18. Apa yang dimaksudkan 'TIADA URUSAN PENGAMBILAN MULAI TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN'?
  Ianya bermaksud tiada urusan pengambilan jawatan berkenaan mengikut tarikh pendaftaran anda. Sekiranya urusan pengambilan jawatan berkenaan dipaparkan di semakan online bermakna urusan tersebut telah dibuat sebelum anda membuat pendaftaran di SPA.
   
19. Bagaimana saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?
  Anda boleh melanjutkan tempoh permohonan melalui MyID di Semakan Status Permohonan.
   
 
::Daftar Masuk::